Sweetest Besday Celebration 20th
Happy besday to you....happy besday to you...happy besday to AHMAD 'AFIF...happy besday to u!!!. Happynya sebab sempat celebrate besday si dia pada 11 Disember 2012 yang lalu. Cukuplah 20 tahun umur kami. Tahun lepas tak sempat celebrate sama-sama sebab kami praktikal, masing-masing busy untuk berusaha mendapatkan yang terbaik dalam pelajaran, kerja, demi masa depan bersama, cewwaahhh!! InsyaAllah. Amin Amin Amin.
Actually, dia tak tahu pun aku nak celebrate besday dia, maklumlah mmg tak pernah aku celebrate besday dia, asyik dia je yang celebrate besday aku (kesian dia). So, nak buat surprise lah tahun ni, sebab kebetulan hari besday dia juga masing2 bersiap untuk balik Port Dickson menjalankan rutin harian kami sebagai pelajar semester akhir di Politeknik Port Dickson. Then, ku drive balik PD pukul 10.30 sampai tol Simpang Renggam terus ambil housemate aku Leha Woon sebab dah plan nak balik sama-sama. Sampai PD dalam pukul 2 lebih lah macam tuh, terus lincah cari kedai kek.
Sampai saja rumah sewa, kemas2 rumah, lepas tu tertidur (bangun2 saja dah gelap). Present??? opss!!! rahsia...heheh...yup! memang sangat secret present ni. Bangun tidur, terus tengok hp if ada sms ke dari dia yang beritahu dah on the way ke PD. Tapi hampa...sms just tanya buat apa?, dah siap kemas ke?, "i tunggu parents i balik ni ambil yaya kat Cheras". huh!! ("bila nak balik ni, lembab betul lah mamat ni, terhege2, kena kau nanti") aku berkata dalam hati.
Dalam pukul 11 lebih dapat text " im otw". Yeahhh!!! terus siap2 pilih baju yang lawa2 tapi tak overlah takut kantoi tetibe lawa2 semacam, biasanya lawa2 time kami ada official date saja. Hadiah terus sembunyikan dalam handbag. Pukul 12 lebih juga dia sampai dari Nilai (muka aku dah macam pisang benyek dah ni). Terus ajak pergi makan kat Polymall. Aku cepat2 cakap "ala,,,tak naklah, x suka, ramai orang, jum Macd!" (padahal malu orang tengok nk celebrate besday dia). Die terus menjeling manja sbb memang pantang dia kalau aku cakap nk makan MacD. Suruh jaga kesihatan katanya. Oleh kerana baru jumpa, nak tak nak dia terpaksalah layan perangai aku ni pergi MacD.
Sampai2 , terus aku cari meja yang agak terselindung dari orang ramai sikit. Then, dia dengan gelojoh terus buka Prosperity Burger dia tuh. Dengan lincah aku rampas burger dia tuh and Tada!!!! Happy besday!!! Mukanya seperti enggak percaya ya & his so happy!!
Cari kek yang paling kecik sbb dia bukan penggemar kek pun :
No comments:
Post a Comment