Saturday, 29 December 2012

Sad Story Before New Year

Selamat malam semua, lagi berapa hari lagi nak masuk tahun baru, dan hari ni juga adalah hari ulang tahun perkahwinan my parents. Dah lama mereka hidup bersama, suka duka, susah senang, hadapi hinaan, fitnah semuanya mereka hadapi bersama2. Sudah lumrah dunia, perasaan iri hati, hasad dengki sentiasa membuak2  bila melihat kebahagiaan & kesenangan orang lain. Ini cerita hal orang yang dah berumah tangga, kita pula yang sedang meningkat dewasa tidak lepas dari dugaan tersebut.  Dari situ aku belajar erti kesabaran bagaimana hendak menghadapi dengan orang2 sedemikian. 
Sebagai anak sulung dari 3 orang adik beradik ini, menjadikan diri aku seorang yang tabah, tp tidak dinafikan aku kadang kala tidak kuat & beremosi. Kehidupan yang paling mencabar setakat ini adalah kehidupan aku Politeknik Port Dickson dimana aku ditempatkan dengan pelbagai perangai, tipu muslihat, pemikiran manusia. Aku akui kadang-kala aku tewas dengan kepandaian lakonan mereka yang aku tidak pernah duga.  Macam2 manusia aku jumpa, yang suka busy body ada, yang mcm tak amik port tp sebaliknya pun ada, yang suka jd tukang STALKER lagi banyak ada, yang mulut berbisa bak ular, yang muka suci bak pari2, & yang paling penting mereka yang tak pernah duduk senang dengan kebahagian aku dengan si dia.
Memang aku seperti gadis sosial di luar sana, yang kononya jahat, over sosial, & mcm2 lagi kerana percampuran aku yang dianggap bebas.  Tapi aku rasa itu dulu sewaktu aku masih belum matang, semasa pemikiran ini terlalu OPEN MINDED dan hanya memikirkan style hidup.  Tapi selepas  bermacam2 dugaan aku hadapi, hinaan dari sesetengah mereka yang mungkin "JEALOUS", buat aku terfikir, ada hikmahnya juga kenapa aku ni dulu begini, begitu, kalau tidak...mungkin aku akan tewas dalam menjaga diri aku, maruah aku, dan dapat mengelakkan CULTURE SHOCK dalam diri ini. Kenapa kau cakap begini? Kerana aku melihat mereka yang mulanya aku kenal seperti seorang yang sangat baik, menjaga hak wanita, aurat diri, akhirnya menjadi lebih dahsyat, hancur, dari seorang yang biasa hidup bebas. Kerana life aku dululah, buat aku berhati2, dan tahu mana yg baik & buruk.  Mungkin mereka tidak pernah merasa kebebasan hidup itu dulu.
Mungkin aku agak kekampungan bila bercerita hal ni, kerana tahap sosial aku hanyalah dari segi pakaian, pergaulan, pemikiran konon ala2 mat salleh, tapi aku agak kekampungan bila bercerita tentang maruah diri kerana pada aku MARUAH DIRI itu bukan sesuatu yang boleh di anggap OPEN MINDED, DIAMBIL REMEH.  Aku sangat pelik & rasa menjengkelkan bila seseorang yang berpenampilan baik, pertuturan yang sopan, mengambil remeh soal ni dengan alasan "PERKARA LAMA JGN DIUNGKIT, JGN MENILAINYA YANG DULU, MENILAI LAH YG SEKARANG" memanglah kau boleh guna istilah tu, tapi untuk situasi yang lain. Sebelum nak nampak suci di luar, dalaman pun kena jaga. Kenapa ada perempuan yang berfikiran mcm tu?? Ini juga adalah salah satu pengalaman hidup aku di Politeknik ni. Pengalaman berjumpa dengan perempuan mcm ni.  Tapi dah lumrah, manusia yang mcm aku ni dianggap TERUK, ROSAK. haha. Tak payah face to face dah lepas ni, berpelukan & bersalaman2 bagai dengan aku, aku dah malas nak dengar apa2. Belakang kau masih mengutuk keburukan aku juga. So, jangan marah lah bila orang mengata kau pula. Aku takkan tambah2 cerita mcm orang lain, aku hanya akan cerita benda yang betul jer, aku minta maaflah terlebih dahulu kalau malukan kau. Sebab aku pun manusia biasa yang selalu beremosi.



Kawan pula, jangan cakaplah, macam2 aku jumpa, yang suka ambil kesempatan, yang duit 20sen pun berkira, tapi tak fikir hutang kita berpuluh2 RM tak fikir, kawan yang jenis tak faham & fikir untuk keperluan dia saja, tak fikir tentang orang tu, bila cakap kecik hati, lepas tu bercerita pula kat orang lain   seolah2 kita pula jahat, berkira.  Perasaan tak sampai hati, ingin menjaga hati, sering ada dalam diri aku ni.  Aku tak kesah nak tolong seseorang tu, tak kiralah dari segi apa pun, DEMI ALLAH ikhlas kat hati aku ni dengan harapan bila aku susah suatu hari nanti,akan ada yg menolong. Tapi bila kau dapat tahu si polan ni menfitnah, mengutuk, mengata lebih2, agak2 korang masih ikhlas lagi ke?? baik2 pertolongan tu ikhlas, terus rasa nak mengungkit. Aku yakin semua orang rasa macam ni. Diorang yang  mengutuk2 ni, takkan tak terfikir langsung kebaikan orang tu?? aku pun nampak...kawan yang diorang anggap baik & sejati ni adalah kawan suka sangat menjadi PENDENGAR cerita sedih diorang, masalah mereka. Kena ingat, tak semestinya kawan yang sering bersama kita tu kawan sejati dunia akhirat, kadang2 kawan yang nampak tak rapat dengan kitalah yang sering memberi pertolongan bila diperlukan.  Kalau kawan kau tu baik sgt, kenapa kau sendiri kadang2 tak berani nak minta tolong pinjam tu pinjam ni. Sebab apa? sebab kau tahukan mereka berkira & takkan bagi.



Sekarang nak cerita tentang kereta harapan aku ni. Kereta kesayangan aku ni kereta kancil saja, tapi banyak dia dah berjasa kat orang. Sampai dah banyak rosak sana sini, kesian dia...orang bukan tahu, orang tahu bawa saja, aku yang kena mengadap. Yela...maklumlah kereta buruk kononnya, sedap lah nak lenjan sana sini, Cuba kalau kereta aku tu mini copper ke, comfirm tak ada siapa berani usik.  Kira baiklah aku ni boleh juga bagi orang guna, aku rasa kalau masing2 bawak kereta belum tentu boleh bantu aku & buat macam apa aku buat untuk mereka. Aku memang tak harap pun...manusia kan mudah lupa diri. Takpelah, my dad & my boss time praktikal dulu pernah kata, BERKONGSILAH KELEBIHAN & KEMUDAHAN YANG AWAK ADA TU, BESAR PAHALANYA. DONT SELFISH. Baru dapat kemudahan sikit dah nak berlagak, tak nak berkongsi.  Biarlah kereta buruk ke apa, sekurang2 nya aku ada dari tak ada, kereta tu lah harapan untuk sampai aku kerja nanti.  Sebab plan tak nak beli kereta, nak terus beli rumah, selagi kereta tu boleh pakai aku pakai. Thats why lah aku sayang sgt kereta tu, tulah satu2 nya harta yang bapak aku bagi kat aku untuk kemudahan aku. Sayang sgt kereta tu....sbb banyak dah kereta tu bantu aku..:(
Finally, azam baru tahun ni, aku nak lupakan semua hal2 ni, biarlah orang nak buat apa pun, aku tak kisah, aku akan sentiasa berbuat baik dengan mereka, jaga perasaan mereka, tak rugi apa2 pun. Untuk HATERS aku, mana yang dah baik dengan aku hope IKHLAS lah ya,bukan sekadar pura2. Dont worry, aku akan sentiasa berbaik & beramah mesra dengan kamu semua. Macam kampung ceruk je sikit2 nak stalker, mengutuk, lepas tu buat muka,jeling2...yucks!! be PROFESSIONAL k. :)
kawan kaki pengampu



*p/s : InsyaAllah...semua yang berkawan dengan aku sekarang, aku cuba jadi kawan yang terbaik. Biar pun korang bukan kawan terbaik untuk aku. Assalammualaikun.

* Niat buat entry ni bukan untuk memalukan, perli sesiapa ya...hanya untuk luahkan segala kesedihan yang aku alami sepanjang 5 sem di Politeknik ni. Last sem ni aku tak nak fikir hal ini lagi.  Kang ada pula yang kecik hati, touching lah bagai konon terasa. :)

No comments:

Post a Comment