Habis Burn Rm30 Duit Tiket Bas !!!
Perkara yang amat menyayat hatiku ini, kegembiraan pulang ke kampung halaman ketika cuti Christmas ni bertukar menjadi tragedi yang amat melukakan. Merancang untuk pulang ke kampung halaman bersama Ain, Leha & Tira kerana masing2 turun ke Larkin, Johor Bahru. Perasaan berdebar kencang akibat ketidakbiasaan menaiki bas kerana biasanya aku drive sendirian atau diambil oleh papa. Tetapi, kerana niat di hati ingin membuat kejutan kepada mereka, akhirnya aku yang kecundang!!
Bertolak dari PD ke Terminal 1, Seremban jam 1 tengahari ditemani & dihantar si dia lalu mengangkut kawan2 ku sekalian bersama. Semasa di perkarangan Terminal, suasana agak crowded & menakutkan. Dengan penjual tiket bas yang seperti gangster, teriak sana sini membuatkan aku semakin gelisah. Nasib sahabatku Ain memberi kata semangat supaya tidak gusar & jamin tiada apa yang akan berlaku. Tiket bas yang dikenakan adalah RM30 seorg ke Larkin. Aku hanya berani menyepikan diri kerana takut menaiki bas & sedih (faham2 jelah...), semuanya diuruskan oleh mereka bertiga. Seperi dalam filem cinta, sebelum pulang perlulah membuat movie hindustan terlebih dahulu seperti ingin terbang ke India selama bertahun2. haha over betul kami. SO, WHO I CARE!!!
Jam 3.30 petang bas bergerak dan selepas 5 minit perjalanan, cinta hatiku menelefon & terus memarahiku kerana menipu dirinya. Sudah berulang2 kali dia mengigatkanku agar menelefon keluargaku terlebih dahulu kerana gusar tiada siapa akan menjemputku di Larkin. Rupanya dia telah menelefon ibuku untuk memaklumkan aku sudah berada diatas bas & ketika itulah ibuku memberitahu bahawa keluarga dalam perjalanan ke Seremban untuk mengambilku kerana ada jemputan kahwin di Nilai & terus ke KL. Lalu dengan pantas, aku terus memaklumkan kepada pemandu bas untuk turun. Nasib menyebelahiku, kerana ketika itu bas sedang berhenti di lampu isyarat. Aku terus melambai sahabatku dan meninggalkan mereka bertiga.
Betul2 ditengah jalan yang dipenuhi kereta, sebelah tiang signboard aku diturunkan dan dijadikan tempat berteduh. Semua orang didalam kereta memandangku dengan penuh hairan. Cinta hatiku terus menelefonku untuk mengetahui dimana lokasiku dengan nada yang agak keras. Ketika itu aku buntu & takut akan dimarahinya kerana aku telah menipunya. Bukan selalu pun aku tipu. Dup dap dup dab menanti dia...tiba-tiba!!! pap!!! keretanya muncul...degupanku terhenti, seperti kena strok & terus membuat muka sedih + comel agar dia tertawan. Rupanya sangkaanku salah. Gegendang telingaku dipenuhi suara2 sumbang yang menyakitkan. Aku hanya mampu berdiam kerana memang benar aku yang salah. Aku dipaksa berjanji untuk tidak mengulanginya lagi. Maafkan aku. Hanya itu yang mampu diungkap.
Menunggu keluargaku sehingga maghrib untuk mengambilku dan sempat juga aku membeli sehelai baju untuk jemputan esok kerana langsung tidak membawa pakaian formal yang sesuai. Jam 7 petang, keluargaku memaklumkan kepadaku telah tiba di Nilai dan cinta hatiku terus menghantar ke pangkuan keluargaku didepan matanya untuk memuaskan hati sendiri kerana risau akan kenakalan ku & kedegilanku. Hari isnin baru aku pulang ke Pontian setelah dua hari bermalam di KL. Akhirnya, lesaplah duit tiketku yang bernilai RM30 tu. :(
*Pengajaran : maklumkan kepada keluarga terlebih dahulu untuk semua tindakan yang kita lakukan.
No comments:
Post a Comment