Sunday 30 December 2012

Habis Burn Rm30 Duit Tiket Bas !!!

Perkara yang amat menyayat hatiku ini, kegembiraan pulang ke kampung halaman ketika cuti Christmas ni bertukar menjadi tragedi yang amat melukakan.  Merancang untuk pulang ke kampung halaman bersama Ain, Leha & Tira kerana masing2 turun ke Larkin, Johor Bahru. Perasaan berdebar kencang akibat ketidakbiasaan menaiki bas kerana biasanya aku drive sendirian atau diambil oleh papa.  Tetapi, kerana niat di hati ingin membuat kejutan kepada mereka, akhirnya aku yang kecundang!!
Bertolak dari PD ke Terminal 1, Seremban jam 1 tengahari ditemani & dihantar si dia lalu mengangkut kawan2 ku sekalian bersama.  Semasa di perkarangan Terminal, suasana agak crowded & menakutkan. Dengan penjual tiket bas yang seperti gangster, teriak sana sini membuatkan aku semakin gelisah.  Nasib sahabatku Ain memberi kata semangat supaya tidak gusar & jamin tiada apa yang akan berlaku.  Tiket bas yang dikenakan adalah RM30 seorg ke Larkin.  Aku hanya berani menyepikan diri kerana takut menaiki bas & sedih (faham2 jelah...), semuanya diuruskan oleh mereka bertiga. Seperi dalam filem cinta, sebelum pulang  perlulah membuat movie hindustan terlebih dahulu seperti ingin terbang ke India selama bertahun2. haha over betul kami. SO, WHO I CARE!!!
Jam 3.30 petang bas bergerak dan selepas 5 minit perjalanan, cinta hatiku menelefon & terus memarahiku kerana menipu dirinya.  Sudah berulang2 kali dia mengigatkanku agar menelefon keluargaku terlebih dahulu kerana gusar tiada siapa akan menjemputku di Larkin.  Rupanya dia telah menelefon ibuku untuk memaklumkan aku sudah berada diatas bas & ketika itulah ibuku memberitahu bahawa keluarga dalam perjalanan ke Seremban untuk mengambilku kerana ada jemputan kahwin di Nilai & terus ke KL.  Lalu dengan pantas, aku terus memaklumkan kepada pemandu bas untuk turun. Nasib menyebelahiku, kerana ketika itu bas sedang berhenti di lampu isyarat.  Aku terus melambai sahabatku dan meninggalkan mereka bertiga. 
Betul2 ditengah jalan yang dipenuhi kereta, sebelah tiang signboard aku diturunkan dan dijadikan tempat berteduh. Semua orang didalam kereta memandangku dengan penuh hairan. Cinta hatiku terus menelefonku untuk mengetahui dimana lokasiku dengan nada yang agak keras. Ketika itu aku buntu & takut akan dimarahinya kerana aku telah menipunya.  Bukan selalu pun aku tipu. Dup dap dup dab menanti dia...tiba-tiba!!! pap!!! keretanya muncul...degupanku terhenti, seperti kena strok & terus membuat muka sedih + comel agar dia tertawan.  Rupanya sangkaanku salah.  Gegendang telingaku dipenuhi suara2 sumbang yang menyakitkan.  Aku hanya mampu berdiam kerana memang benar aku yang salah.  Aku dipaksa berjanji untuk tidak mengulanginya lagi. Maafkan aku. Hanya itu yang mampu diungkap.  
Menunggu keluargaku sehingga maghrib untuk mengambilku dan sempat juga aku membeli sehelai baju untuk  jemputan esok kerana langsung tidak membawa pakaian formal yang sesuai.  Jam 7 petang, keluargaku memaklumkan kepadaku telah tiba di Nilai dan cinta hatiku terus menghantar ke pangkuan keluargaku didepan matanya untuk memuaskan hati sendiri kerana risau akan kenakalan ku & kedegilanku.  Hari isnin baru aku pulang ke Pontian setelah dua hari bermalam di KL.  Akhirnya, lesaplah duit tiketku yang bernilai RM30 tu. :(

*Pengajaran : maklumkan kepada keluarga terlebih dahulu untuk semua tindakan yang kita lakukan.


Saturday 29 December 2012

Sad Story Before New Year

Selamat malam semua, lagi berapa hari lagi nak masuk tahun baru, dan hari ni juga adalah hari ulang tahun perkahwinan my parents. Dah lama mereka hidup bersama, suka duka, susah senang, hadapi hinaan, fitnah semuanya mereka hadapi bersama2. Sudah lumrah dunia, perasaan iri hati, hasad dengki sentiasa membuak2  bila melihat kebahagiaan & kesenangan orang lain. Ini cerita hal orang yang dah berumah tangga, kita pula yang sedang meningkat dewasa tidak lepas dari dugaan tersebut.  Dari situ aku belajar erti kesabaran bagaimana hendak menghadapi dengan orang2 sedemikian. 
Sebagai anak sulung dari 3 orang adik beradik ini, menjadikan diri aku seorang yang tabah, tp tidak dinafikan aku kadang kala tidak kuat & beremosi. Kehidupan yang paling mencabar setakat ini adalah kehidupan aku Politeknik Port Dickson dimana aku ditempatkan dengan pelbagai perangai, tipu muslihat, pemikiran manusia. Aku akui kadang-kala aku tewas dengan kepandaian lakonan mereka yang aku tidak pernah duga.  Macam2 manusia aku jumpa, yang suka busy body ada, yang mcm tak amik port tp sebaliknya pun ada, yang suka jd tukang STALKER lagi banyak ada, yang mulut berbisa bak ular, yang muka suci bak pari2, & yang paling penting mereka yang tak pernah duduk senang dengan kebahagian aku dengan si dia.
Memang aku seperti gadis sosial di luar sana, yang kononya jahat, over sosial, & mcm2 lagi kerana percampuran aku yang dianggap bebas.  Tapi aku rasa itu dulu sewaktu aku masih belum matang, semasa pemikiran ini terlalu OPEN MINDED dan hanya memikirkan style hidup.  Tapi selepas  bermacam2 dugaan aku hadapi, hinaan dari sesetengah mereka yang mungkin "JEALOUS", buat aku terfikir, ada hikmahnya juga kenapa aku ni dulu begini, begitu, kalau tidak...mungkin aku akan tewas dalam menjaga diri aku, maruah aku, dan dapat mengelakkan CULTURE SHOCK dalam diri ini. Kenapa kau cakap begini? Kerana aku melihat mereka yang mulanya aku kenal seperti seorang yang sangat baik, menjaga hak wanita, aurat diri, akhirnya menjadi lebih dahsyat, hancur, dari seorang yang biasa hidup bebas. Kerana life aku dululah, buat aku berhati2, dan tahu mana yg baik & buruk.  Mungkin mereka tidak pernah merasa kebebasan hidup itu dulu.
Mungkin aku agak kekampungan bila bercerita hal ni, kerana tahap sosial aku hanyalah dari segi pakaian, pergaulan, pemikiran konon ala2 mat salleh, tapi aku agak kekampungan bila bercerita tentang maruah diri kerana pada aku MARUAH DIRI itu bukan sesuatu yang boleh di anggap OPEN MINDED, DIAMBIL REMEH.  Aku sangat pelik & rasa menjengkelkan bila seseorang yang berpenampilan baik, pertuturan yang sopan, mengambil remeh soal ni dengan alasan "PERKARA LAMA JGN DIUNGKIT, JGN MENILAINYA YANG DULU, MENILAI LAH YG SEKARANG" memanglah kau boleh guna istilah tu, tapi untuk situasi yang lain. Sebelum nak nampak suci di luar, dalaman pun kena jaga. Kenapa ada perempuan yang berfikiran mcm tu?? Ini juga adalah salah satu pengalaman hidup aku di Politeknik ni. Pengalaman berjumpa dengan perempuan mcm ni.  Tapi dah lumrah, manusia yang mcm aku ni dianggap TERUK, ROSAK. haha. Tak payah face to face dah lepas ni, berpelukan & bersalaman2 bagai dengan aku, aku dah malas nak dengar apa2. Belakang kau masih mengutuk keburukan aku juga. So, jangan marah lah bila orang mengata kau pula. Aku takkan tambah2 cerita mcm orang lain, aku hanya akan cerita benda yang betul jer, aku minta maaflah terlebih dahulu kalau malukan kau. Sebab aku pun manusia biasa yang selalu beremosi.



Kawan pula, jangan cakaplah, macam2 aku jumpa, yang suka ambil kesempatan, yang duit 20sen pun berkira, tapi tak fikir hutang kita berpuluh2 RM tak fikir, kawan yang jenis tak faham & fikir untuk keperluan dia saja, tak fikir tentang orang tu, bila cakap kecik hati, lepas tu bercerita pula kat orang lain   seolah2 kita pula jahat, berkira.  Perasaan tak sampai hati, ingin menjaga hati, sering ada dalam diri aku ni.  Aku tak kesah nak tolong seseorang tu, tak kiralah dari segi apa pun, DEMI ALLAH ikhlas kat hati aku ni dengan harapan bila aku susah suatu hari nanti,akan ada yg menolong. Tapi bila kau dapat tahu si polan ni menfitnah, mengutuk, mengata lebih2, agak2 korang masih ikhlas lagi ke?? baik2 pertolongan tu ikhlas, terus rasa nak mengungkit. Aku yakin semua orang rasa macam ni. Diorang yang  mengutuk2 ni, takkan tak terfikir langsung kebaikan orang tu?? aku pun nampak...kawan yang diorang anggap baik & sejati ni adalah kawan suka sangat menjadi PENDENGAR cerita sedih diorang, masalah mereka. Kena ingat, tak semestinya kawan yang sering bersama kita tu kawan sejati dunia akhirat, kadang2 kawan yang nampak tak rapat dengan kitalah yang sering memberi pertolongan bila diperlukan.  Kalau kawan kau tu baik sgt, kenapa kau sendiri kadang2 tak berani nak minta tolong pinjam tu pinjam ni. Sebab apa? sebab kau tahukan mereka berkira & takkan bagi.



Sekarang nak cerita tentang kereta harapan aku ni. Kereta kesayangan aku ni kereta kancil saja, tapi banyak dia dah berjasa kat orang. Sampai dah banyak rosak sana sini, kesian dia...orang bukan tahu, orang tahu bawa saja, aku yang kena mengadap. Yela...maklumlah kereta buruk kononnya, sedap lah nak lenjan sana sini, Cuba kalau kereta aku tu mini copper ke, comfirm tak ada siapa berani usik.  Kira baiklah aku ni boleh juga bagi orang guna, aku rasa kalau masing2 bawak kereta belum tentu boleh bantu aku & buat macam apa aku buat untuk mereka. Aku memang tak harap pun...manusia kan mudah lupa diri. Takpelah, my dad & my boss time praktikal dulu pernah kata, BERKONGSILAH KELEBIHAN & KEMUDAHAN YANG AWAK ADA TU, BESAR PAHALANYA. DONT SELFISH. Baru dapat kemudahan sikit dah nak berlagak, tak nak berkongsi.  Biarlah kereta buruk ke apa, sekurang2 nya aku ada dari tak ada, kereta tu lah harapan untuk sampai aku kerja nanti.  Sebab plan tak nak beli kereta, nak terus beli rumah, selagi kereta tu boleh pakai aku pakai. Thats why lah aku sayang sgt kereta tu, tulah satu2 nya harta yang bapak aku bagi kat aku untuk kemudahan aku. Sayang sgt kereta tu....sbb banyak dah kereta tu bantu aku..:(
Finally, azam baru tahun ni, aku nak lupakan semua hal2 ni, biarlah orang nak buat apa pun, aku tak kisah, aku akan sentiasa berbuat baik dengan mereka, jaga perasaan mereka, tak rugi apa2 pun. Untuk HATERS aku, mana yang dah baik dengan aku hope IKHLAS lah ya,bukan sekadar pura2. Dont worry, aku akan sentiasa berbaik & beramah mesra dengan kamu semua. Macam kampung ceruk je sikit2 nak stalker, mengutuk, lepas tu buat muka,jeling2...yucks!! be PROFESSIONAL k. :)
kawan kaki pengampu



*p/s : InsyaAllah...semua yang berkawan dengan aku sekarang, aku cuba jadi kawan yang terbaik. Biar pun korang bukan kawan terbaik untuk aku. Assalammualaikun.

* Niat buat entry ni bukan untuk memalukan, perli sesiapa ya...hanya untuk luahkan segala kesedihan yang aku alami sepanjang 5 sem di Politeknik ni. Last sem ni aku tak nak fikir hal ini lagi.  Kang ada pula yang kecik hati, touching lah bagai konon terasa. :)

Tuesday 25 December 2012

Room Makeover Like Barbie

Ok, hari ni tak payah cakap banyak2, just nak share my skills & kreativiti yang ada pada diri aku ni setelah sekian lama terpendam. Berangan dulu nak jadi doktor, pramugari, model, artist and my last ambition adalah interior design mcm Eric Leong tu. Memang macam2 impian aku ni, hahah. Mesti ramai yang kat luar sana kata, " eh, bukan dah post ke picture2 ni kat FB dia?". Yess, memang aku pernah upload pic ni, tapi kerana my mind yang dah macam mak nenek ni, tengah dok belek2 pic kat hp baru teringat nk buat entry! keh keh keh. 
Mestilah bangga ok sebab semua makeover ni i buat sendiri tau, dari membeli alatan, pemilihan warna, panjat tangga, keluarkan katil, lap tingkap and overall i buat sendiri tapi bab duit, macam biasalah, " abah....(dengan membelai2 & memeluk my dad), can u give me some money?? ala...tak banyak pun, RM2k je sebab nak renovate bilik & beli almari baru" huhu. My dad dengan muka menyampah said " abah dah agak dah, adalah ni kalau baik semacam je ni". See!!! my dad pun dah faham perangai aku ni. Thats why i love my dad so much!!! :) And terima kasih juga kat my mom sebab tambah sikit duit untuk beli almari bcoz time sampai kedai perabot tu harga almari tu jauh dari yang disangka. Actually RM2k memang tak cukup. Nasib baik ibu ada. 
Sebab terlalu addict dengan Barbie, sampai bilik pun aku nak jadikan themes barbie. Search google 'barbie room' semua keluar warna pink kartun2, and my favourite place kat midvalley tu Boutique Barbie. Setiap kali pergi midvalley mesti kena singgah sampai kan my afif akan cuba mengelak untuk lalu depan butik tu sebab takut duit dia habis kat benda2 yang tak patut.:P.  Nasib baik dia seorang yang memahami, ikut juga kehendak aku ni. Tapi sebelum tu dah berjanji takkan beli apa2 sebab masing2 nak saving. Just menangis dalam hati saja. :(
Eh, konon tak nak cakap banyak. ok2, cukup!! 
1. SEBELUM 
2. SEBELUM
3. SELEPAS PROSES PEMBUANGAN PERABOT LAMA
4. SELEPAS SIAP CAT DENGAN WHITE COLOUR 
5. TINGKAP LAMA 
6. TINGKAP TERKINI, TAK TERMASUK DALAM COST K. MEMANG KEHENDAK ABAH SENDIRI. 

7. PERHATIKAN MASKING TAPE YANG BELUM SIAP DI TANGGALKAN, MAKSUDNYA INI BUKAN WALLPAPER. AKU CAT 1 BY 1.
8. DENGAN PINTU2 AKU CAT 

9. ALMARI BARU, YEAY!!!
10. HANYA 1 WALL DI CAT FUNKY PINK
11. MENUNGGU CAT KERING SEBELUM BUKA MASKING TAPE

12. SUASANA BILIK YANG BERSEPAH

13. WALL MIRROR FROM IKEA

14. KELEBARAN ALMARI MEMENUHI RUANG
15. RAK BUKU BARU & MY BARBIE ROOM DONE!!!

16. DALAM PROSES RENOVATE TOILET JADI MACAM NI. (TOILET KAT REDBOX SOGO, KL)


*P/S : Total cost : RM2,350 (termasuk almari + rak buku)
Jenis cat : Nippon Paint (kod warna lupa)
Alatan : Tangga, 13 roll masking tape, surat khabar, 3 roller cat utk 3 warna, berus sederhana kecil, bow utk buat lubang cermin.

Tuesday 18 December 2012

1ST SEGMEN: TAMBAH FOLLOWER BY CIK MIMEY



1st time join segment2 ni...blogger baru katakan untuk isi masa lapang...dari melepak2 kat luar sana tu, baik duduk dalam bilik diam2. Blog Cik Mimey ni simple, sempoi, nampak sederhana orangnya and i like it!!! Header blog dia cantik sangat and cute.  Tema Pink & biru memang padan sekali dengan jiwa remaja masa kini. Aku pula jenis suka blog yang plain & very simple thats why lah blog aku kusam je nampak. Blog aku ni hanya personal blog saja tak adalah hebat mana, top mana, hottest mana pun macam Hanis Zalikha tu. Just for fun saja blog ni.  By the way aku ada share sikit2 tempat shopping yang best2, resepi, my family and banyak lagi. Jom Myra join !!!

Sunday 16 December 2012

Sweetest Besday Celebration 20th

Happy besday to you....happy besday to you...happy besday to AHMAD 'AFIF...happy besday to u!!!.  Happynya sebab sempat celebrate besday si dia pada 11 Disember 2012 yang lalu. Cukuplah 20 tahun umur kami.  Tahun lepas tak sempat celebrate sama-sama sebab kami praktikal, masing-masing busy untuk berusaha mendapatkan yang terbaik dalam pelajaran, kerja, demi masa depan bersama, cewwaahhh!! InsyaAllah. Amin Amin Amin.
Actually, dia tak tahu pun aku nak celebrate besday dia, maklumlah mmg tak pernah aku celebrate besday dia, asyik dia je yang celebrate besday aku (kesian dia).  So, nak buat surprise lah tahun ni, sebab kebetulan hari besday dia juga masing2 bersiap untuk balik Port Dickson menjalankan rutin harian kami sebagai pelajar semester akhir di Politeknik Port Dickson. Then, ku drive balik PD pukul 10.30 sampai tol Simpang Renggam terus ambil housemate aku Leha Woon sebab dah plan nak balik sama-sama. Sampai PD dalam pukul 2 lebih lah macam tuh, terus lincah cari kedai kek.
 Sampai saja rumah sewa, kemas2 rumah, lepas tu tertidur (bangun2 saja dah gelap).  Present??? opss!!! rahsia...heheh...yup! memang sangat secret present ni. Bangun tidur, terus tengok hp if ada sms ke dari dia yang beritahu dah on the way ke PD. Tapi hampa...sms just tanya buat apa?, dah siap kemas ke?, "i tunggu parents i balik ni ambil yaya kat Cheras". huh!! ("bila nak balik ni, lembab betul lah mamat ni, terhege2, kena kau nanti") aku berkata dalam hati.
Dalam pukul 11 lebih dapat text " im otw". Yeahhh!!! terus siap2 pilih baju yang lawa2 tapi tak overlah takut kantoi tetibe lawa2 semacam, biasanya lawa2 time kami ada official date saja.  Hadiah terus sembunyikan dalam handbag.  Pukul 12 lebih juga dia sampai dari Nilai (muka aku dah macam pisang benyek dah ni).  Terus ajak pergi makan kat Polymall. Aku cepat2 cakap "ala,,,tak naklah, x suka, ramai orang, jum Macd!" (padahal malu orang tengok nk celebrate besday dia).  Die terus menjeling manja sbb memang pantang dia kalau aku cakap nk makan MacD. Suruh jaga kesihatan katanya. Oleh kerana baru jumpa, nak tak nak dia terpaksalah layan perangai aku ni pergi MacD. 
Sampai2 , terus aku cari meja yang agak terselindung dari orang ramai sikit. Then, dia dengan gelojoh terus buka Prosperity Burger dia tuh. Dengan lincah aku rampas burger dia tuh and Tada!!!! Happy besday!!! Mukanya seperti enggak percaya ya & his so happy!!



 Cari kek yang paling kecik sbb dia bukan penggemar kek pun :



Friday 14 December 2012

Johor Premium Outlet (JPO) Is The Best !!

Hai & apa khabar semua?? mesti sekarang tengah sibuk kemas2 rumah sewa kan. Maklumlah lepas bermaharaja lela cuti sem stay kat rumah, masing2 berat bontot nak balik kampus. Saya tujukan khas kepada budak2 Politeknik seluruh Malaysia "Selamat berganjak ke semester baru, mana yang carry subjek tu, berusahalah ik sampai semester 7 ya!!" hahah (Jahat giler aku, gurau2!!! saja nak bg membara then mesti korang semangat!!).
Eh, dah lari dari tajuk ni rasanya. Ok, actually dah lama nak buat entry ni. Tapi asyik lupa je. JPO adalah sebuah shopping complex yang terletak di Indahpura, Kulaijaya, Johor. Senang je nak cari shoping complex ni, ikut saja signboard Senai, jumpalah nanti. Memang the best lah tempat ni sebab byk brand yang aku suka tapi masih ada yang belum mampu untuk dimiliki. Kalau guna duit mak bapak memanglah mampu, tapi kalau guna duit sendiri faham2 jelah, student lg, rase kalau aku dah kerja nanti mesti seving giler, sekarang sedaplah, sikit2 mintak parents, maklumlah sbb bukan duit kita sendiri kan..YES..MMG AKU NGAKU AKU SEORANG YG MEMILIH & GILER JENAMA (tp utk keselesaan, nampak cantik, & tahan lama bukan untuk tayang, bercerita sana sini)SO, MANA YG KAT LUAR SANA TU YG GILER JENAMA,BANGGA TAYANG KAT ORG SANA SINI, BERCERITA PUNG PANG PUNG PANG, BAIK X PAYAHLAH...DUIT MAKBAPAK KAU X PAYAH NAK OVER BERLAGAK SGT KONON NAK KATA KAU TU HEBAT MAMPU PAKAI TU PAKAI NI. PADAHAL KAU X TAHU PARENTS KAU SUSAH PAYAH CARI DUIT, POYOS! Antara jenama2 yang terdapat di JPO tu ialah :
DKNY
AX
GUESS
CLARKS
LEVI'S
BURBERRY
COACH
MICHAEL KORS
PADINI AUTHENTIC
VERSACE
OROTON
Cotton On Fitting Room :
SO, TUNGGU APA LAGI?? JOM KE JPO !! HARGA MMG JAUH LEBIH MURAH DARI OUTLET2 DI PAVILLION, & SHOPPING COMPLEX KAT AREA2 KL TU, CUMA DESIGN DI JPO NI OLD DESIGN JE..CERTAIN OUTLET JE ADA NEW DESIGN, ORANG SINGAPORE MMG AKAN TURUN SINI UNTUK SHOPING SBB MAJORITI AKU TENGOK KAT PARKING KERETA SEMUA NO.FLAT SINGAPORE JE. OK.

Tuesday 11 December 2012

WEDDING DAY

Hari ini aku baru balik dari wedding my cousin belah abah yang tak rapat di Ampang, Cheras. Yelah..dah kenalah pergi untuk kenal saudara mara yang tak pernah kenal, mana yang dah kenal tu mengeratkan lagi, tak nak jadi sombong sampai tak kenal saudara pula kan. Buat apa nak menyombong, berlagak tak tentu pasal buat orang makin menyampah pula kan. Kami gerak dari Johor hari ahad pagi. Pukul 6 pagi lg dah gerak, pukul 5 dah bangun untuk bersiap. Awal2 lagi abah dah remind "esok kita nak gerak pukul 6 pagi, jangan nak bangun lambat pulak". Aku pun menjawab "baiklah bossss..(dengan nada lemah dan longlai sbb kena bangun pagi). Lepas habis majlis terus shoot ke Shah Alam sebab kak Ekin ajak tidur rumah dia. Kak ekin ni sepupu aku yang cun melecun. ok. Bye!