Saturday, 8 December 2012

Jom ikuti Kempen Menutup Aurat!

Assalammualaikum kawan2...
Harini saya baru balik dari KEMPEN MENUTUP AURAT yang diadakan di Masjid An-Nur Johor Bahru. Tahu kempen ni pun dari my little sis, so, my mom, my little sis & me join lah kempen ni. Katanya kempen ni diadakan di seluruh Malaysia, baru-baru ni diorang buat kat KLCC. Alhamdulillah banyak juga ilmu yg saya dapat. Then tak sangka giler jumpa my frenz satu poli, satu kelas (NOLLY NADIA) tu. Rupanya dia AJK kempen tu beb..tahniah!! kita sama2 bagi support k.
So, saya upload pic2 semasa kempen dijalankan untuk memberi sikit gambaran suasana semasa di sana. Best sgt, aktiviti yang paling best masa kami diberi phamplet untuk diedarkan pada orang awam di sekitar busten Larkin tu. Malu mmg malu sbb 1st time kan...tapi percayalah, aktiviti ni diadakan krn ada 1 tujuan & objektif. Phamplet tu tentang dengan siapa kita perlu menutup aurat, dengan siapa kita tidak perlu bersalam dan cara2 menangani stress dgn ajaran islam. Just bagi kat orang awam then terangkan, kalau mereka x nak dengar, xperlulah main kejar-mengejar. Banyaklah dugaan masa lakukan aktiviti ni. Siap ada tak nak salam lagi tau. Maybe diorag takut kan banyak kes ajaran sesat, pukau & sebagainya. So, nak berdakwah ni kena sabar. hehehe.
Sebelum tu, pic ni hanya sekadar gambar, janganlah dijadikan isu pula ya bila tahu siapa saya diluar sana. Kena lah ikut kesesuaian tempat kn..takkan lah nak pergi program mcm ni nak pakai ikut kepala kita saja...sambil2 tu kita belajarlah untuk tutup aurat sedikit demi sedikit.

No comments:

Post a Comment