Thursday, 22 November 2012

KAWAN, SAHABAT, MUSUH, KAKI PENGAMPU?? OH!!

Kawan yang baik tidak semestinya teman yang menjadi pendengar setia kita, mungkin juga teman yang selalu memberi kita support atau pertolongan ketika susah. Nak tahu kenapa??? kadang2, teman yang sering menjadi pendengar setia kita ini lah yang menikam belakang kita, so, beware! Biasalah, mula2 jadi kawan, semua nampak baik, semua nak tolong, semua tak berkira, cuba dah makan tahun ?? larat ke kau?? hahah..comfirm mengungkit juga. So, tak perlu banggalah bila ada kawan yang menjadi pendengar setia cerita kau tu. kui ,,kui..kui...:)
So, hari ini i nak terangkan sikit tentang ciri-ciri kawan-kawan yang perlu dijauhi@dihindari :
1. TAMAK
Dia hanya mementingkan dirinya sendiri. Masa kita kaya atau senang, dia sentiasa mendekati. Tapi masa kita susah dia akan menjauhkan dirinya. Malah mudah melupakan orang yang sering menolongnya, serta membangga2 kan orang yang baru sahaja memberi pertolongan kepadanya. Itu mmg tamak!
2. KAKI PENGAMPU
Dia bersetuju dengan semua yang kita lakukan tidak kira betul atau salah. Dia tidak berani menyatakan kebenaran. Dia tidak pernah menegur kita walaupun kita sedang melakukan kesilapan. Hakikatnya dia tidak jujur dan tidak ikhlas dengan kita. Semua perbuatannya seolah-olah macam ada motif tertentu yang kita tidak tahu.
3. SUKA MEMBANTA BANTAH
jenis orang yang suka bertikam lidah dan ia merasakan satu kemenangan dalam berhujah dan langsung tidak mahu mengalah untuk menerima pandangan orang lain
4. MEMENTINGKAN DIRI SENDIRI
dia terlalu banyak meminta dan sedikit memberi . mementingkan diri sendiri dan kedekut dalam setiap perkara
5. kawan yang makan kawan
yang ni spesies musang berbulu ayam. kawan yang tak berperikemanusiaan langsung. sanggup dia makan kawan sendiri sedangkan makanan lain ada depan mata. kawan macam ni sanggup buat apa saja dengan apa cara sekali pun sehingga sanggop memusnahkan hidup kawannnya sendiri demi mencapai kesenangan hidup. lebih kurang pentingkan diri sendirila.
6. kawan yang berlagak
nak tanya sikit, siapa yang tahan kalau perangai kawan kita macam ni. Aku pun tak tahan la. dyorg semua bajet dyorang perfect. dyorg da lupa, apa yang dyorang ada tu semua pinjaman dari Allah. jangan nak berlagak sangat la. bila - bila masa je Allah boleh tarik apa yang dia berikan., so, hargailah apa yang kita ada dan tanamkan sifat rendah diri dalam diri kita ni.
7. kawan yang ngumpat belakang
kawan ni spesis yang hipokrit. kalau dia tak suka perangai kita, cakap depan - depan. perbetulkan apa kesalahan yang kita lakukan. itu la kawan yang baik. ni tidak, habeh semua di jaja sifat buruk kita. kadang - kadang ditambahnya pulak maggi cukup rasa dalam cerita dia tu supaya orang lain rasa sedap nak dengar. entah betul ke tak an pe yang dia cerita tu.
8. kawan yang kedekut
haihh.. kawan kedekut pun ada jugak. kawan macam ni susah kalau kita nak mintak tolong. buat sakit hati je. barang kita bukan main sedap dia tibai. sampai tak ingat dunia. bila kita cuit sikit je barang dyorang, mula mata jeling - jeling, pastu, heboh satu kampung macam kita guna barang dyorang habeh licin.
9. kawan yang penuh sifat dengki dan iri hati
kawan macam ni tak boleh tengok kita duduk senang - lenang. asal kita senang je, mula la hidup tak tentu arah, hati dyorang resah gelisah. lepas itu, mereka mula mengatur strategi untuk menjatuhkan hidup kita. bila kita susah, barula mereka semua rasa puas hati. act, yang ni tak patot kita panggil kawan. kita patot panggil musuh ketat.
*Dan ingat juga wasiat Khalifah Umar Abdul Aziz ini, “Jangan engkau bersahabat dengan sahabat yang mana dia begitu berharap kepada engkau ketika mahu menyelesaikan masalahnya sahaja sedangkan apabila masalah atau hajatnya telah selesai maka dia memutuskan kemanisan persahabatan. Bersahabatlah dengan mereka yang mempunyai ketinggian dalam melakukan kebaikan, memenuhi janji dalam perkara yang benar, memberi pertolongan kepada engkau serta memadai dengan amanahnya atau sikap bertanggungjawabnya terhadap engkau.”

No comments:

Post a Comment